Sabtu, 28 Juli 2012

* Wanita itu MUDAH masuk SURGA Namun RAMAI pula di NERAKA *

 
Bismillaahir-Rahmaanir-Rahiim


http://tausyah.files.wordpress.com/2011/03/jilbab-muslimah.jpg?w=239&h=300

Wanita itu mudah masuk syurga

Bagi istri hanya 4 syarat untuk mereka ke syurga “Apabila seorang isteri mengerjakan sholat 5 waktu, mengerjakan puasa sebulan, memelihara kehormatannya (aurat) serta mentaati suaminya, niscaya dia akan masuk syurga”. 
(Riwayat Imam Bazzar melalui Anas r.a)

Dari Anas, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda  “Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui pintu mana saja yang dia sukai.” (Hadis Riwayat Ahmad)

Perempuan tidak perlu berjihad atau berperang, cukup sekadar mengerjakan haji atau umrah bagi yang cukup syaratnya.


Dari Aishah r.a. katanya, aku berkata, “Ya Rasulullah, kita mengetahui bahawa jihad adalah sebaik-baik amalan. Oleh itu apakah kami kaum wanita tidak boleh ikut berjihad?” Baginda terus menjawab: “Bagi kamu semua (kaum wanita) jihad yang paling baik ialah mengerjakan haji dan mendapatkan haji mabrur."

Rasulullah SAW bersabda: ” Jihad orang yang tua, lemah dan wanita ialah menunaikan haji” (an-Nasa’i)”

Rasulullah Shallahu 'alaihi wassalam bersabda “Jikalau sekiranya ada perintah dari Allah SWT untuk menyuruh manusia sujud kepada manusia niscaya aku suruh istri sujud kepada suaminya.”


Namun perempuan lebih ramai di neraka


Dari Abdullah bin Umar r.a katanya:Rasulullah Shallahu 'alaihi wassalam bersabda: “Wahai kaum wanita! Bersedekahlah kamu dan perbanyaklah istighfar yaitu memohon ampun. Kerana aku melihat kaum wanitalah yang lebih ramai menjadi penghuni Neraka.”


Seorang wanita yang cukup pintar di antara mereka bertanya: “Wahai Rasulullah, kenapa kami kaum wanita yang lebih ramai menjadi penghuni Neraka?”Rasulullah Shallahu 'alaihi wassalam bersabda: “Kamu banyak mengutuk dan mengingkari suami.


Dari Imran bin Husain dia berkata, Rasulullah Shallahu 'alaihi wassalam bersabda: “Sesungguhnya penduduk Syurga yang paling sedikit adalah wanita.” (Hadis Riwayat Muslim dan Ahmad)


Rasulullah Shallahu 'alaihi wassalam bersabda: “Aku melihat kedalam Syurga maka aku melihat kebanyakan penghuninya adalah fuqara’ (orang-orang fakir) dan aku melihat ke dalam Neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penghuninya adalah wanita.” (Hadis Riwayat Al- Bukhari dan Muslim)


Sabda Rasulullah Shallahu 'alaihi wassalam :“Allah tidak akan melihat kepada wanita yang tidak mensyukuri apa yang ada pada suaminya dan tidak merasa cukup dengannya.” (HR Nasa’i)


Sabda Rasulullah Shallahu 'alaihi wassalam :“Wanita yang meminta cerai pada suaminya tanpa sebab (yang syar’ie) maka haram baginya mencium wangi Syurga.” (Hadis Riwayat Abu Daud dan At-Tirmizi )


Dalam hadis yang lain,Rasulullah Shallahu 'alaihi wassalam menjelaskan tentang wanita penghuni Neraka, baginda bersabda :“ … dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya mereka telanjang, melenggak-lenggokkan kepala mereka kerana sombong dan berpaling dari ketaatan kepada Allah dan suaminya, kepala mereka seakan-akan seperti bunggul unta.


Mereka tidak masuk Syurga dan tidak mendapatkan wanginya Syurga padahal wanginya bisa tercium dari jarak perjalanan sekian dan sekian.” (Hadis Riwayat Muslim dan Ahmad)


Di dalam kisah sholat gerhana matahari, Rasulullah Shallahu 'alaihi wassalam. dan para sahabatnya melakukan sholat gerhana padanya dengan solat yang panjang,


Rasulullah Shallahu 'alaihi wassalam melihat Syurga dan Neraka. Ketika beginda melihat Neraka beginda bersabda kepada para sahabatnya: “ … dan aku melihat Neraka maka tidak pernah aku melihat pemandangan seperti ini sama sekali, aku melihat kebanyakan penghuninya adalah kaum wanita.


Para sahabat pun bertanya: “Mengapa (demikian) wahai Rasulullah?” Baginda Rasulullah Shallahu 'alaihi wassalam menjawab : “Kerana kekufuran mereka.” Kemudian ditanya lagi : “Apakah mereka kufur kepada Allah?” Baginda menjawab : “Mereka kufur terhadap suami-suami mereka, kufur terhadap kebaikan-kebaikannya.


Kalaulah engkau berbuat baik kepada salah seorang di antara mereka selama waktu yang panjang kemudian dia melihat sesuatu pada dirimu (yang tidak dia sukai) niscaya dia akan berkata : ‘Aku tidak pernah melihat sedikitpun kebaikan pada dirimu.’(Hadis Riwayat Imam Al-Bukhari)


Ketika beginda selesai berkhutbah hari raya yang berisikan perintah untuk bertakwa kepada Allah SWT. dan anjuran untuk mentaati-Nya.


Baginda pun bangkit mendatangi kaum wanita, baginda menasihati mereka dan mengingatkan mereka tentang akhirat kemudian baginda bersabda : “Bersedekahlah kamu semua.


Karena kebanyakan kamu adalah kayu api Neraka Jahanam!” Maka berdirilah seorang wanita yang duduk di antara wanita-wanita lainnya yang berubah kehitaman kedua pipinya, dia pun bertanya : “Mengapa demikian, wahai Rasulullah?” Baginda menjawab : “Karena kamu banyak mengeluh dan kamu tidak taat terhadap suami.” (Hadis Riwayat Al- Bukhari)


♥ WALLAHU A'LAM BISH SHOWAB, SEMOGA BERMANFAAT ♥



 WITHLOVE
"bund@mel"